Tapi, apakah asbab pernikahan? Pernikahan adalah satu perjanjian melalui ákad yang termeterai dari persetujuan pihak lelaki dan perempuan. Bila perkara ini berlaku, dalam tanggungjawab dilaksanakan, ada beberapa hak yang mereka perolehi. Tapi, apa pula dengan orang yang tidak dinikahi? Apa asbab anak2 mereka? Jika mereka tidak dinikahi, tiadalah hak atau tanggungjawab yang termeterai walaupun mereka bersekedudukan, kerana tiada perjanjian antara mereka. Dan, kerana itulah anak- anak mereka tidak beroleh apa-apa, termasuklah mewariskan harta pada ibu bapa kandungnya.
Mengikut kata-kata Mazhab Syafié, anak yang dilahir hasil daripada ikatan yang tidak sah, tiadalah tanggungjawab daripada bapanya.
Dan, di-bin atau di-binti kan adalah satu 'title' yang dipegang oleh umum, bahawa seorang bapa tanggung anak itu yang merupakan darah dagingnya. Anak itu juga tidak boleh di-bin atau di-binti kan pada nama seorang bapa tirinya, kerana dia dilahir bukan daripada asal bapa tirinya, walaupun bapa tirinya itu sanggup bertanggungjawab terhadap anak tirinya.
Sebagaimana yang termaktub, itu adalah kesan-kesan negatif yang perlu ditanggung oleh seorang anak luar nikah. Walau bagaimanapun, anak luar nikah berhak mendapat perlindungan, pakaian dan kasih sayang daripada orang sekeliling, sebagaimana orang lain.
Anak luar nikah juga mempunyai hak untuk mengetahui siapa bapa kandungnya, walaupun bapa kandungnya tiada hak atas dirinya sebagai ayah, untuk mengetahui keturunan mereka dengan lebih jelas. But, based on the consistency, kalau menyebabkan zuriat/keturunan yang tidak jelas, adakah itu bermakna bapa kandung dia boleh menikahi anak luar nikah tersebut? And, sememangnya dibolehkan (Semoga Allah mengampuni orang-orang yang berdosa), mengikut pandangan mazhab Syafié.
Tapi disebabkan ia melawan fitrah manusia, kebanyakan ulama menolak pandangan tersebut, dan ini, yang diperbincangkan. Adakah anak tersebut boleh di-bin atau di-binti kan pada bapa kandungnya, supaya dia mengetahui susur galur keturunannya? Yes, it can. Walaupun anak luar nikah, tetapi dia patut diberi hak sebagai seorang manusia?
Dan,orang2 agama melalak sebab mahkamah sivil menetapkan untuk di-bin atau di-bintikan pada bapa kandungnya, walaupun bapa kandungnya tiada hak atas anak kandungnya.
Tapi disebabkan ia melawan fitrah manusia, kebanyakan ulama menolak pandangan tersebut, dan ini, yang diperbincangkan. Adakah anak tersebut boleh di-bin atau di-binti kan pada bapa kandungnya, supaya dia mengetahui susur galur keturunannya? Yes, it can. Walaupun anak luar nikah, tetapi dia patut diberi hak sebagai seorang manusia?
Dan,orang2 agama melalak sebab mahkamah sivil menetapkan untuk di-bin atau di-bintikan pada bapa kandungnya, walaupun bapa kandungnya tiada hak atas anak kandungnya.
Tiadalah keistimewaan dalam membela nasib anak luar nikah, tapi inilah kesan negatif yang perlu ditanggung oleh mereka untuk selama-lamanya. Jadi, untuk saya, anak luar nikah ini ialah hasil anak yang terlahir tanpa perjanjian tanggungjawab antara kedua ibu bapanya, mahupun atas hak - hak mereka yang dipersetujui.
Tetapi perlulah diingatkan, asbab sebagai seorang anak luar nikah, berada di tengah-tengah kekeliruan antara fitrah manusia dan juga tuntutan hak. (Semoga Allah tunjuki kita kejalan yang lurus) Dan begitulah, Allah berfirman, "Sesungguhnya Allah tidak menzalimi mereka, merekalah yang menzalimi diri sendiri"(Ar-Rum:9).
No comments:
Post a Comment